JELAJAH UNIVERSITI DIRIMBA HIJAU
Latarbelakang
Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 16 Febuari 1984, terletak di Utara Semenanjung, Malaysia iaitu di Sintok, Kedah Darul Aman. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti keenam negara dan satu-satunya universiti yang mengkhususkan bidang pengurusan dari awal penubuhannya lagi. Pada tahun 2014, Universiti Utara Malaysia telah dikomersialkan sebagai "Universiti Dirimba Hijau". Majlis pelancaran nama " Universiti Dirimba Hijau" ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak di Anjung Tamu, UUM. Hal ini kerana, kawasan persekitarannya dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna yang cantik yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang mencintai kedamaian. Universiti Utara Malaysia juga banyak menjadi buah mulut orang ramai kerana keindahannya.
Keindahan Anjung Tamu juga boleh menggamit lebih ramai pelawat ke universiti ini sejak ia dirasmikan pada Jun 2015. Menurut Yang Berbahagia Naib Canselor, sejak Anjung Tamu ini dirasmikan,
ia telah menunjukkan sambutan luar biasa dan jumlah kedatangan pelawat
yang singgah ke situ semakin bertambah dari semasa ke semasa. Menurutnya lagi,
Anjung Tamu kini menjadi mercu tanda baru UUM, sekaligus menjadi
universiti pertama dalam negara yang mewujudkan mekanisme gerbang
informasi di hadapan pintu masuk utama universiti ke arah menyampaikan
maklumat umum mengenai universiti kepada pelawat, pelancong dan
pelanggan yang datang. Bagi menghargai khazanah flora dan fauna disini, Naib Canselor melancarkan "Tahun Melawat UUM" pada tahun ini, 2016 selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2016 bagi memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan sendiri keindahan Universiti Dirimba ini. Pelancaran Tahun Melawat UUM juga bagi membuka mata masyarakat bahawa Universiti Utara Malaysia juga mampu berdiri setanding universiti hebat di Malaysia mahupun luar negara.
KEUNIKAN FLORA
Sebenarnya, masih banyak keindahan dan keunikan Universiti Utara Malaysia yang tidak diketahui oleh orang ramai khusunya dari segi flora dan fauna. Universiti ini sebenarnya dibina di atas kawasan hutan yang asli yang dipenuhi dengan khazanah yang berusia ratusan tahun sememangnya mampu menjana pendapatan tetapi flora yang ada di universiti ini dikekalkan. Antaranya ialah:
1) Pokok Sintok
Pokok Sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralis
yang terdapat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi ikon dan mercu
tanda kepada UUM. Pokok Sintok adalah pokok yang unik.Nama Pekan Sintok juga diambil sempena nama Pokok Sintok. Selain itu, Pokok Sintok juga digelar sebagai Beluru. Pokok Sintok adalah tumbuhan dari keluarga Leguminosae yang terdapat di dalam hutan tropika di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pokok
Sintok merupakan tumbuhan yang berbatang dan menjalar pada pokok lain
terutamanya pokok yang bersaiz besar seperti Pokok Balak. Apabila Pokok
Sintok menjalar pada pokok lain, ia akan mengeluarkan cabang sisi untuk
menguatkan sokongannya pada pokok tersebut. Sebatang
Pokok Sintok boleh mencapai ketinggian antara 20 hingga 30 meter.
Manakala, batang Pokok Sintok berwarna coklat kehitaman dan berdiameter
70 sentimeter. Pokok Sintok
biasanya membiak melalui biji benihnya. Pokok Sintok merupakan tumbuhan
yang mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat yang tinggi. Pokok ini
digunakan secara meluas oleh masyarakat zaman dahulu terutamanya
masyarakat luar bandar
2) Pokok Garahu
Spesies pokok yang dianggarkan mempunyai nilai tinggi itu adalah Pokok
Gaharu atau turut juga dikenali sebagai Pokok Karas. Pokok Gaharu atau
Pokok Karas yang bernilai tinggi ini, ada sebahagian kecilnya telah
dicerobohi dan tidak dijaga rapi. Pada tahun 1995, iaitu tahun pertama penanaman pokok karas, UUM telah
menanam lebih kurang 3000 batang pokok, namun bilangannya kini telah
berkurang ekoran tidak dijaga dengan baik. Oleh itu, Naib Canselor mengarahkan inventori khazanah Sintok yang bernilai
tinggi itu di wujudkan bagi tujuan pengurusan hutan yang lebih cekap
dan berkesan di masa depan dan mengarahkan agar usaha-usaha pengkomersilan dimulakan dengan pihak
swasta supaya pokok gaharu yang bernilai tinggi itu dapat memberikan
hasil kepada UUM.
3) Pokok Tiga Beradik
Menurut Encik Amran Mahmud, pokok gergasi ini berusia lebih dari seratus tahun. Berukuran 1.5 meter, ketinggan 30 hingga 40 meter. Kayu dari pokok ini boleh dijadikan binaan bangunan sementara, peti, kotak atau papan lapis.
4) Pokok Bunga Sakura
Keindahan Universiti Dirimba ini juga diserikan lagi dengan kecantikan bunga seakan akan bunga sakura yang terdapat di Korea. Pokok bunga ini terdapat disekitar UUM, antaranya di kawasan pusat sukan UUM, dan kawasan Pusat Kesihatan Univesiti. Pokok bunga ini akan mengeluarkan bunga atau mengembang lebat setiap kali musimnya iaitu setiap dua tahun sekali. Keindahan bunga ini dapat dilihat apabila ramai pengujung khususnya pelajar yang tidak melepaskan peluang, datang kesini untuk mengambil gambar bunga yang cantik ini sebagai kenang-kenagan.
5) Dusun Buah-Buahan.
Terdapat dua jenis dusun buah-buahan iaitu dusun buah-buahan komersial dan dusun buah-buahan nadir. Dusun buah-buahan komersial terdiri daripada antara
jenis-jenis pokok buah-buahan adalah seperti Durian, Manggis, Dokong,
Mangga, Cempedak, Rambutan, Sukun, Nangka, Belimbing, Limau dan Ciku.
Jumlah keseluruhan 2132 pokok dan keluasan kawasan 38.59 ekar. Kemudahan
pam air dan sistem sprinkler disediakan. Manakala dusun buah-buahan hutan (nadir) terdiri daripada jenis-jenis
pokok buah-buahan hutan seperti Nam nam, Langsat, Mengkudu,
Keranji, Amra, Keriang Dot dan lain-lain. Jumlah keseluruhan adalah 900
pokok dengan keluasan kawasan 19.41 ekar.
KEINDAHAN FAUNA
1) Taman Rusa
Di kampus Sintok UUM ini juga diwujudkan sebuah taman haiwan rusa atau lebih dikenali Taman Rusa UUM. Taman Rusa UUM
ini diwujudkan sejak tahun 1997 lagi yang dikawal selia oleh Unit Park
& Recreation UUM, sebuah unit dibawah Jabatan Pembangunan &
Penyenggaraan Universiti Utara Malaysia. Rusa
yang diimport dari luar negara ini khas untuk menjadikan salah satu
tarikan dalam kampus. Selain mewujudkan suasana yang seimbang tumbuhan
hijau, alam flora dan fauna, turut adanya haiwan yang jinak untuk
menghiasi kampus. Menjadi
kebiasaan mahasiswa khusunya dikalangan siswi menghabiskan masa waktu
petang dengan mengunjungi Taman Rusa UUM ini kerana suka akan kejinakkan
rusa ini. Penat dan tekanan dalam pembelajaran dapat direhatkan dengan
berekrasi di waktu petang sambil berjogging dan singgah sebentar di
Taman Rusa UUM. Selain itu juga, Taman Rusa sangat sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah bersama keluarga pada setiap petang.
2) Pusat Ekuin
Pusat ekuin adalah satu tempat riadah yang sesuai untuk menenangkan diri, dimana di pust ekuin ini, terdapat 10 ekor kuda dewasa dan empat ekor anak kuda. Pusat ekuin dibuka bagi mendekatkan hidupanan faunan ini dengan manusia disamping melatih para pelajar untuk mengendalikan dan mengurus kuda. Disampin itu, pelajar juga boleh berlatih sukan kuda. Selain itu juga, penghuni turut diberi kelebihan meluangkan masa bersantai di Pusat Ekuin ini setiap petang.
3) Taman Burung Unta
Universiti Utara Malaysia turut menyediakan kawasan rekreasi yang menarik untuk penghuninya khususnya para pelajar supaya selain mereka menghabiskan waktu dengan menelaah mata pelajaran, mereka juga boleh beriadah dengan melawat taman unta. Taman Burung Unta terletak bersebelahan kawasan kandang kuda. Terdapat enam ekor Burung Unta di situ.Keindahan Universiti Dirimba disesuaikan pula dengan spesis haiwan yang seperti ini mampu menarik masyarakat luar datang ke UUM. Hal ini boleh menarik nama Universiti ke tahap yang lebih tinggi.
4) Taman Itik
Taman Itik terletak bersebelahan dengan Tasik Mas. Taman ini sangat sesuai untuk beriadah pada waktu petang kerana suasananya yang cantik dan aman. Disini juga sesuai untuk penghuni ataupun pelajar keluar bersenam dan jogging di setiap petang kerana ianya terletak pada laluan panjang yang boleh terus ke Dewan Penginapan. Terdapat banyak ekor itik dalam lingkungan lebih lima puluh ekor itik diletakkan di taman ini. Pemeliharanaan haiwan ini taman kecil ini sangat mengindahkan lagi suasana. Tambahan pula, haiwan ini cukup senang dijaga.
KAWASAN REKREASI
1) Tasik Perindu ( Hidden Lake)
Tasik Perindu terletak dalam kawasan pendalaman laluan ke PLKN di dalam UUM. Jarak perjalanan sekurang-kurangnya hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. Para pelajar boleh berhidden lake secara berkumpulan. Selain menjalani aktiviti bersukan, pelajar juga boleh bersantai menyaksikan keindahan tasik ini. Hampir setiap tahun, tasik ini menerima kunjungan yang agak menyenangkan. Walaupun tasik ini berada di pedalaman UUM, tetapi ianya digalakan supaya dibuka agar pelajar terdedah dengan aktiviti bersukan hidden lake.
2) Puncak Vista
Puncak Vista adalah puncak tertinggi di UUM termasuk dalam aktiviti bersukan di sini. Ketinggian yang berukuran 10 kaki membolehkan pelajar mendaki selama 10 minit sudah boleh membantu menyihatkan tubuh mereka. Tambahan pula, turut disediakan tangga untuk memudahkan pendakian. Apa yang menariknya lagi tentang puncak Vista ini ialah pemandangan dari atas. Apabila sudah sampai di puncak, anda boleh melihat pemandang Universiti utara Malaysia dari atas.
Secara keseluruhannya, Universiti Utara Malaysia memiliki keunikan tersediri dari segi flora dan faunanya yang boleh dibezakan daripada Universiti-universiti lain. Kecantikannya yang semulajadi boleh mendamaikan hati seterusnya boleh menarik lebih ramai pelancong luar datang ke UUM. Tambahan pula, UUM memang sudah diiktiraf sebagai antara universiti terhebat di Malaysia dan Luar Negera. Jadi, tidak mustahil sekiranya UUM boleh dinaiktaraf lagi untuk menjadi lebih baik dan maju pada masa akan datang.