Tuesday, 6 December 2016

Tujuh Puteri dan Nenek Sihir





Pada zaman dahulu, terdapat sebuah tasik yang sangat cantik terletak di hulu negeri Palembang tetapi rakyat jelata tidak berani mendekati tasik itu kerana tasik itu dijaga oleh seorang enek sihir yang sangat jahat. Setiap orang yang memasuki tasik itu tanpa kebenarannya akan disumpah menjadi itik. Oleh sebab itulah, tiada siapa yang berani mendekati tasik itu lagi.

Nenek sihir tinggal bersama anak perempuannya yang bernama Tanjung di pondok bersekatan tasik itu. Nenek sihir tidak pernah membawa Tanjung keluar ke Pekan kerana malu akan rupa parasnya yang hodoh. Tanjung hanya disuruh duduk dirumah membantunya menyiapakan ubat-ubatan. Biasanya, ramai rakyat jelata datang ke Pekan untuk membeli ubat dengan Nenek Sihir kerana ubatnya yang sangat mujarab. Namun, pelanggannya hanya orang dikalangan orang istana dan orang kaya sahaja kerana ubat-uabatan yang dijualnya sangat mahal dan tidak mampu dibeli oleh orang-orang miskin. Sekiranya orang miskin datang memohon untuk memiliki ubatnya, mereka akan disihir menjadi kerbau, lembu dan ayam.
Pada suatu hari, tujuh orang puteri dari kayangan turun ke bumi untuk bermain-main. Mereka terbang menyerupai kupu-kupu. Setelah sampai ke bumi, mereka singgah ke taman bunga. Sedang asyik mereka bermain-main, Puteri Bongsu terpandang satu tasik yang sangat cantik dari jarak jauh. Puteri Bongsu mengajak kakak-kakaknya kesana, lalu mereka terbang mendekati tasik itu. Sesampainya disana, mereka hinggap ke pokok bunga yang berdekat untuk memastikan keadaan selamat. Setelah keadaan sudah selamat, mereka bertukar menjadi manusia semula. Puteri Bongsu dan kakak-kakaknya sangat teruja menyaksikan keindahan tasik itu lalu mereka bermain-main bersama di tasik itu.
Sedang asyik mereka bermain, satu suara menyapa mereka. " Siapakah kamu semua?". Tujuh tujuh puteri itu terkejut dan mencari arah suara itu. Mereka kehairanan kerana tiada siapa disitu melainkan seekor itik. Kamukah yang berbicara itu, wahai itik yang cantik?" Soal Puteri Sulung pula. Itik itu mengiakan soalan Puteri Sulung lalu menyuruh mereka berhati-hati dikawasan yang dijaga Nenek Sihir itu. Ketujuh-tujuh Puteri itu sangat terkejut lalu mereka mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan berterima kasih kepada itik kerana menceritakan perihal nenek sihir jahat itu. Belum sempat mereka beredar, kedengaran suara bercakap-cakap dari jauh lalu ketujuh-tujuh puteri itu menukarkan diri menjadi kupu-kupu semula lalu hinggap ke pokok bunga berdekatan tasik.
Nenek Sihir dan Tanjung muncul di tasik itu. "Tanjung, tolong mak petikan tujuh jenis bunga ye..? Pinta Nenek Sihir itu kepada anaknya. " Baiklah Mak..!" balas Tanjung lalu memetik bunga yang ada disitu. Nenek Kebayan terpandang seekor kupu-kupu yang sangat cantik lalu menangkapnya. Keenam-enam Puteri yang lain sangat terkejut dengan kejadian itu lalu terbang lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Nenek Sihir dan Tanjung pulang ke Pondok diekor oleh keenam-enam puteri itu. Nenek Sihir berasa sangat gembira kerana berjaya menangkap kupu-kupu yang sangat cantik lalu mengurungnya didalam botol. "Kupu-kupu ini akan aku jadikan ubat untuk kau menjadi cantik, anakku..!" Ucap Nenek Sihir. Tanjung berasa sangat teruja. Keenam-enam Puteri yang lain memerhatikan perbualan mereka disebalik tingkap yang terbuka lalu mereka terbang mencari tempat yang selamat lalu bertukar menjadi manusia semula.
Mereka sangat khuatir akan keselamatan adik bongsu mereka. Puteri Keenam menangis dipangkuan Puteri Sulung kerana sangat risau akan adik bongsunya kerana Puteri bongsu akan dibunuh untuk dijadikan ramuan kecantikan Tanjung dan mereka harus bertindak secepat mungkin. Puteri Sulung merancang satu rancangan untuk mereka menyelamat Puteri Bongsu.
Puteri Bongsu sangat sedih akan nasib yang menimpa dirinya. Dia cuba melepaskan diri namun tidak berhasil. Botol yang memerangkap dirinya itu terlalu menyukarkan pergerakkannya, dia merasa sangat lemah dan tidak mampu bernyawa lalu Puteri Bongsu menjerit meminta tolong, Tolong, tolong, tolong...! jerit Puteri Bongsu. Tanjung yang sedang membakar akar kayu terperanjat lalu mencari arah suara itu. Dia mendapati suara itu datang dari botol yang digunakan ibunya untuk mengurung kupu-kupu cantik itu. Alangkah terkejutnya Tanjung apabila membuka tudung botol itu, kupu-kupu di dalamnya terbang keluar dan berubah menjadi seorang puteri yang sangat cantik. Puteri Bongsu merayu supaya dia dilepaskan namun Tanjung yang iri hati dengan kecantikan Puteri Bongsu itu memaksa Puteri Bongsu melakukan kerja-kerjanya. Segala rayuan Puteri Bongsu tidak diendahkannya. Dia juga mendera Puteri Bongsu dengan tidak memberikannya makan.
Setelah menjelang malam, Nenek Sihir pulang ke pondoknya. Dia akan terkejut dengan cerita Tanjung tentang Puteri Bongsu. Nenek Sihit tersenym memandang Puteri Bongsu yang sedang nyenyak tidur di lantai.Tanjung meminta ibunya menyumpah Puteri Bongsu menjadi katak kerana terlalu cemburu akan rupa paras Puteri Bongsu yang cantik namun Nenek Sihir mempunyai agendanya yang tersendiri. Tanjung marah akan ibunya kerana tidak memenuhi permintaannya lalu dia pergi ke tasik itu untuk menenangkan diri. Dia melihat bayang-bayangnya dalam tasik, dia sedar rupanya yang hodoh tidak setanding kecantikkan Puteri Bongsu. Difikirannya, Puteri Bongsu harus dihapuskan. Sedang asyik dia termenung, dirinya telah disapa oleh seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu menawarkan kecantikan yang luar biasa kepada Tanjung berserta dengan syarat Tanjung harus mematahkan tongkat sakti milik ibunya kerana dengan mematahkan tongkat sakti itu, Tanjung akan menjadi cantik. Tanjung yang berfikirkan cetek itu mulai teruja lalu dia bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh wanita itu. Dia berlari pulang ke rumah lalu dengan berhati-hati, dia memasuki bilik ibunya dan mencuri tongkat sakti milik ibunya itu lalu mematahkannya.
Rancangan Puteri Sulung akhirnya berjaya, mereka mendapat tahu bahawa kuasa sakti Nenek Sihir akan hilang sekiranya tongkat saktinya itu dipatahkan oleh keturunannya sendiri. Setelah Tanjung mematahkan tongkat sakti itu, maka hilanglah kuasa sakti Nenek Sihir dan segala sumpahan telah terlerai. Puteri Sulung dan kelima-lima puteri yang lain masuk ke pondok untuk menyelamatkan Puteri Bongsu lalu mereka terbang pulang ke kayangan. Manakala Nenek Sihir dan Tanjung telah dihalau keluar dari negeri. Rakyat di Negeri Palembang kembali hidup dengan aman. Tasik itu juga mulai dipenuhi rakyat jelata yang datang berkunjung ke situ.

Sunday, 20 November 2016

CERITA FLORA DAN FAUNA

                                
                             

                           JELAJAH UNIVERSITI DIRIMBA HIJAU


Latarbelakang


 Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 16 Febuari 1984, terletak di Utara Semenanjung, Malaysia iaitu di Sintok, Kedah Darul Aman. Universiti Utara Malaysia merupakan universiti keenam negara dan satu-satunya universiti yang mengkhususkan bidang pengurusan dari awal penubuhannya lagi. Pada tahun 2014, Universiti Utara Malaysia telah dikomersialkan sebagai "Universiti Dirimba Hijau". Majlis pelancaran nama " Universiti Dirimba Hijau" ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak di Anjung Tamu, UUM. Hal ini kerana, kawasan persekitarannya dikelilingi dengan keindahan flora dan fauna yang cantik yang mampu menambat hati sesiapa sahaja yang mencintai kedamaian. Universiti Utara Malaysia juga banyak menjadi buah mulut orang ramai kerana keindahannya.


Keindahan Anjung Tamu juga boleh menggamit lebih ramai pelawat ke universiti ini sejak ia dirasmikan pada Jun 2015. Menurut Yang Berbahagia Naib Canselor, sejak Anjung Tamu ini dirasmikan, ia telah menunjukkan sambutan luar biasa dan jumlah kedatangan pelawat yang singgah ke situ semakin bertambah dari semasa ke semasa. Menurutnya lagi, Anjung Tamu kini menjadi mercu tanda baru UUM, sekaligus menjadi universiti pertama dalam negara yang mewujudkan mekanisme gerbang informasi di hadapan pintu masuk utama universiti ke arah menyampaikan maklumat umum mengenai universiti kepada pelawat, pelancong dan pelanggan yang datang. Bagi menghargai khazanah flora dan fauna disini, Naib Canselor melancarkan "Tahun Melawat UUM" pada tahun ini, 2016 selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2016 bagi memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan sendiri keindahan Universiti Dirimba ini. Pelancaran Tahun Melawat UUM juga bagi membuka mata masyarakat bahawa Universiti Utara Malaysia juga mampu berdiri setanding universiti hebat di Malaysia mahupun luar negara.


KEUNIKAN FLORA
Sebenarnya, masih banyak keindahan dan keunikan Universiti Utara Malaysia yang tidak diketahui oleh orang ramai khusunya dari segi flora dan fauna. Universiti ini sebenarnya dibina di atas kawasan hutan yang asli yang dipenuhi dengan khazanah yang berusia ratusan tahun sememangnya mampu menjana pendapatan  tetapi flora yang ada di universiti ini dikekalkan. Antaranya ialah:


1) Pokok Sintok

Pokok Sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralis yang terdapat di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi ikon dan mercu tanda kepada UUM. Pokok Sintok adalah pokok yang unik.Nama Pekan Sintok juga diambil sempena nama Pokok Sintok. Selain itu, Pokok Sintok juga digelar sebagai Beluru. Pokok Sintok adalah tumbuhan dari keluarga Leguminosae yang terdapat di dalam hutan tropika di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia. Pokok Sintok merupakan tumbuhan yang berbatang dan menjalar pada pokok lain terutamanya pokok yang bersaiz besar seperti Pokok Balak. Apabila Pokok Sintok menjalar pada pokok lain, ia akan mengeluarkan cabang sisi untuk menguatkan sokongannya pada pokok tersebut. Sebatang Pokok Sintok boleh mencapai ketinggian antara 20 hingga 30 meter. Manakala, batang Pokok Sintok berwarna coklat kehitaman dan berdiameter 70 sentimeter. Pokok Sintok biasanya membiak melalui biji benihnya. Pokok Sintok merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat yang tinggi. Pokok ini digunakan secara meluas oleh masyarakat zaman dahulu terutamanya masyarakat luar bandar


2) Pokok Garahu

Spesies pokok yang dianggarkan mempunyai nilai tinggi itu adalah Pokok Gaharu atau turut juga dikenali sebagai Pokok Karas. Pokok Gaharu atau Pokok Karas yang bernilai tinggi ini, ada sebahagian kecilnya telah dicerobohi dan tidak dijaga rapi. Pada tahun 1995, iaitu tahun pertama penanaman pokok karas, UUM telah menanam lebih kurang 3000 batang pokok, namun bilangannya kini telah berkurang ekoran tidak dijaga dengan baik. Oleh itu, Naib Canselor mengarahkan  inventori khazanah Sintok yang bernilai tinggi itu di wujudkan bagi tujuan pengurusan hutan yang lebih cekap dan berkesan di masa depan dan mengarahkan agar usaha-usaha pengkomersilan dimulakan dengan pihak swasta supaya pokok gaharu yang bernilai tinggi itu dapat memberikan hasil kepada UUM.


3) Pokok Tiga Beradik

Menurut Encik Amran Mahmud, pokok gergasi ini berusia lebih dari seratus tahun. Berukuran 1.5 meter, ketinggan 30 hingga 40 meter. Kayu dari pokok ini boleh dijadikan binaan bangunan sementara, peti, kotak atau papan lapis.

4) Pokok Bunga Sakura

Keindahan Universiti Dirimba ini juga diserikan lagi dengan kecantikan bunga seakan akan bunga sakura yang terdapat di Korea. Pokok bunga ini terdapat disekitar UUM, antaranya di kawasan pusat sukan UUM, dan kawasan Pusat Kesihatan Univesiti. Pokok bunga ini akan mengeluarkan bunga atau mengembang lebat setiap kali musimnya iaitu setiap dua tahun sekali. Keindahan bunga ini dapat dilihat apabila ramai pengujung khususnya pelajar yang tidak melepaskan peluang, datang kesini untuk mengambil gambar bunga yang cantik ini sebagai kenang-kenagan.


5) Dusun Buah-Buahan.

Terdapat dua jenis dusun buah-buahan iaitu dusun buah-buahan komersial dan dusun buah-buahan nadir. Dusun buah-buahan komersial terdiri daripada antara jenis-jenis pokok buah-buahan adalah seperti Durian, Manggis, Dokong, Mangga, Cempedak, Rambutan, Sukun, Nangka, Belimbing, Limau dan Ciku. Jumlah keseluruhan 2132 pokok dan keluasan kawasan 38.59 ekar. Kemudahan pam air dan sistem sprinkler disediakan. Manakala dusun buah-buahan hutan (nadir) terdiri daripada jenis-jenis pokok buah-buahan hutan seperti Nam nam, Langsat, Mengkudu, Keranji, Amra, Keriang Dot dan lain-lain. Jumlah keseluruhan adalah 900 pokok dengan keluasan kawasan 19.41 ekar.


KEINDAHAN FAUNA


1)  Taman Rusa


Di kampus Sintok UUM ini juga diwujudkan sebuah taman haiwan rusa atau lebih dikenali Taman Rusa UUMTaman Rusa UUM ini diwujudkan sejak tahun 1997  lagi yang dikawal selia oleh Unit Park & Recreation UUM, sebuah unit dibawah Jabatan Pembangunan & Penyenggaraan Universiti Utara Malaysia. Rusa yang diimport dari luar negara ini khas untuk menjadikan salah satu tarikan dalam kampus. Selain mewujudkan suasana yang seimbang tumbuhan hijau, alam flora dan fauna, turut adanya haiwan yang jinak untuk menghiasi kampus.  Menjadi kebiasaan mahasiswa khusunya dikalangan siswi menghabiskan masa waktu petang dengan mengunjungi Taman Rusa UUM ini kerana suka akan kejinakkan rusa ini. Penat dan tekanan dalam pembelajaran dapat direhatkan dengan berekrasi di waktu petang sambil berjogging dan singgah sebentar di Taman Rusa UUM. Selain itu juga, Taman Rusa sangat sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah bersama keluarga pada setiap petang.
 2) Pusat Ekuin
Pusat ekuin adalah satu tempat riadah yang sesuai untuk menenangkan diri, dimana di pust ekuin ini, terdapat 10 ekor kuda dewasa dan empat ekor anak kuda. Pusat ekuin dibuka bagi mendekatkan hidupanan faunan ini dengan manusia disamping melatih para pelajar untuk mengendalikan dan mengurus kuda. Disampin itu, pelajar juga boleh berlatih sukan kuda. Selain itu juga, penghuni turut diberi kelebihan meluangkan masa bersantai di Pusat Ekuin ini setiap petang.








3) Taman Burung Unta
Universiti Utara Malaysia turut menyediakan kawasan rekreasi yang menarik untuk penghuninya khususnya para pelajar supaya selain mereka menghabiskan waktu dengan menelaah mata pelajaran, mereka juga boleh beriadah dengan melawat taman unta. Taman Burung Unta terletak bersebelahan kawasan kandang kuda. Terdapat enam ekor Burung Unta di situ.Keindahan Universiti Dirimba disesuaikan pula dengan spesis haiwan yang seperti ini mampu menarik masyarakat luar datang ke UUM. Hal ini boleh menarik nama Universiti ke tahap yang lebih tinggi.
4) Taman Itik
Taman Itik terletak bersebelahan dengan Tasik Mas. Taman ini sangat sesuai untuk beriadah pada waktu petang kerana suasananya yang cantik dan aman. Disini juga sesuai untuk penghuni ataupun pelajar keluar bersenam dan jogging di setiap petang kerana ianya terletak pada laluan panjang yang boleh terus ke Dewan Penginapan. Terdapat banyak ekor itik dalam lingkungan lebih lima puluh ekor itik diletakkan di taman ini. Pemeliharanaan haiwan ini taman kecil ini sangat mengindahkan lagi suasana. Tambahan pula, haiwan ini cukup senang dijaga.
KAWASAN REKREASI
1) Tasik Perindu ( Hidden Lake)
Tasik Perindu terletak dalam kawasan pendalaman laluan ke PLKN di dalam UUM. Jarak perjalanan sekurang-kurangnya hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. Para pelajar boleh berhidden lake secara berkumpulan. Selain menjalani aktiviti bersukan, pelajar juga boleh bersantai menyaksikan keindahan tasik ini. Hampir setiap tahun, tasik ini menerima kunjungan yang agak menyenangkan. Walaupun tasik ini berada di pedalaman UUM, tetapi ianya digalakan supaya dibuka agar pelajar terdedah dengan aktiviti bersukan hidden lake.
2) Puncak Vista
Puncak Vista adalah puncak tertinggi di UUM termasuk dalam aktiviti bersukan di sini. Ketinggian yang berukuran 10  kaki membolehkan pelajar mendaki selama 10 minit sudah boleh membantu menyihatkan tubuh mereka. Tambahan pula, turut disediakan tangga untuk memudahkan pendakian. Apa yang menariknya lagi tentang puncak Vista ini ialah pemandangan dari atas. Apabila sudah sampai di puncak, anda boleh melihat pemandang Universiti utara Malaysia dari atas. 

Secara keseluruhannya, Universiti Utara Malaysia memiliki keunikan tersediri dari segi flora dan faunanya yang boleh dibezakan daripada Universiti-universiti lain. Kecantikannya yang semulajadi boleh mendamaikan hati seterusnya boleh menarik lebih ramai pelancong luar datang ke UUM. Tambahan pula, UUM memang sudah diiktiraf sebagai antara universiti terhebat di Malaysia dan Luar Negera. Jadi, tidak mustahil sekiranya UUM boleh dinaiktaraf lagi untuk menjadi lebih baik dan maju pada masa akan datang.