Tuesday, 6 December 2016

Tujuh Puteri dan Nenek Sihir





Pada zaman dahulu, terdapat sebuah tasik yang sangat cantik terletak di hulu negeri Palembang tetapi rakyat jelata tidak berani mendekati tasik itu kerana tasik itu dijaga oleh seorang enek sihir yang sangat jahat. Setiap orang yang memasuki tasik itu tanpa kebenarannya akan disumpah menjadi itik. Oleh sebab itulah, tiada siapa yang berani mendekati tasik itu lagi.

Nenek sihir tinggal bersama anak perempuannya yang bernama Tanjung di pondok bersekatan tasik itu. Nenek sihir tidak pernah membawa Tanjung keluar ke Pekan kerana malu akan rupa parasnya yang hodoh. Tanjung hanya disuruh duduk dirumah membantunya menyiapakan ubat-ubatan. Biasanya, ramai rakyat jelata datang ke Pekan untuk membeli ubat dengan Nenek Sihir kerana ubatnya yang sangat mujarab. Namun, pelanggannya hanya orang dikalangan orang istana dan orang kaya sahaja kerana ubat-uabatan yang dijualnya sangat mahal dan tidak mampu dibeli oleh orang-orang miskin. Sekiranya orang miskin datang memohon untuk memiliki ubatnya, mereka akan disihir menjadi kerbau, lembu dan ayam.
Pada suatu hari, tujuh orang puteri dari kayangan turun ke bumi untuk bermain-main. Mereka terbang menyerupai kupu-kupu. Setelah sampai ke bumi, mereka singgah ke taman bunga. Sedang asyik mereka bermain-main, Puteri Bongsu terpandang satu tasik yang sangat cantik dari jarak jauh. Puteri Bongsu mengajak kakak-kakaknya kesana, lalu mereka terbang mendekati tasik itu. Sesampainya disana, mereka hinggap ke pokok bunga yang berdekat untuk memastikan keadaan selamat. Setelah keadaan sudah selamat, mereka bertukar menjadi manusia semula. Puteri Bongsu dan kakak-kakaknya sangat teruja menyaksikan keindahan tasik itu lalu mereka bermain-main bersama di tasik itu.
Sedang asyik mereka bermain, satu suara menyapa mereka. " Siapakah kamu semua?". Tujuh tujuh puteri itu terkejut dan mencari arah suara itu. Mereka kehairanan kerana tiada siapa disitu melainkan seekor itik. Kamukah yang berbicara itu, wahai itik yang cantik?" Soal Puteri Sulung pula. Itik itu mengiakan soalan Puteri Sulung lalu menyuruh mereka berhati-hati dikawasan yang dijaga Nenek Sihir itu. Ketujuh-tujuh Puteri itu sangat terkejut lalu mereka mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan berterima kasih kepada itik kerana menceritakan perihal nenek sihir jahat itu. Belum sempat mereka beredar, kedengaran suara bercakap-cakap dari jauh lalu ketujuh-tujuh puteri itu menukarkan diri menjadi kupu-kupu semula lalu hinggap ke pokok bunga berdekatan tasik.
Nenek Sihir dan Tanjung muncul di tasik itu. "Tanjung, tolong mak petikan tujuh jenis bunga ye..? Pinta Nenek Sihir itu kepada anaknya. " Baiklah Mak..!" balas Tanjung lalu memetik bunga yang ada disitu. Nenek Kebayan terpandang seekor kupu-kupu yang sangat cantik lalu menangkapnya. Keenam-enam Puteri yang lain sangat terkejut dengan kejadian itu lalu terbang lebih tinggi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Nenek Sihir dan Tanjung pulang ke Pondok diekor oleh keenam-enam puteri itu. Nenek Sihir berasa sangat gembira kerana berjaya menangkap kupu-kupu yang sangat cantik lalu mengurungnya didalam botol. "Kupu-kupu ini akan aku jadikan ubat untuk kau menjadi cantik, anakku..!" Ucap Nenek Sihir. Tanjung berasa sangat teruja. Keenam-enam Puteri yang lain memerhatikan perbualan mereka disebalik tingkap yang terbuka lalu mereka terbang mencari tempat yang selamat lalu bertukar menjadi manusia semula.
Mereka sangat khuatir akan keselamatan adik bongsu mereka. Puteri Keenam menangis dipangkuan Puteri Sulung kerana sangat risau akan adik bongsunya kerana Puteri bongsu akan dibunuh untuk dijadikan ramuan kecantikan Tanjung dan mereka harus bertindak secepat mungkin. Puteri Sulung merancang satu rancangan untuk mereka menyelamat Puteri Bongsu.
Puteri Bongsu sangat sedih akan nasib yang menimpa dirinya. Dia cuba melepaskan diri namun tidak berhasil. Botol yang memerangkap dirinya itu terlalu menyukarkan pergerakkannya, dia merasa sangat lemah dan tidak mampu bernyawa lalu Puteri Bongsu menjerit meminta tolong, Tolong, tolong, tolong...! jerit Puteri Bongsu. Tanjung yang sedang membakar akar kayu terperanjat lalu mencari arah suara itu. Dia mendapati suara itu datang dari botol yang digunakan ibunya untuk mengurung kupu-kupu cantik itu. Alangkah terkejutnya Tanjung apabila membuka tudung botol itu, kupu-kupu di dalamnya terbang keluar dan berubah menjadi seorang puteri yang sangat cantik. Puteri Bongsu merayu supaya dia dilepaskan namun Tanjung yang iri hati dengan kecantikan Puteri Bongsu itu memaksa Puteri Bongsu melakukan kerja-kerjanya. Segala rayuan Puteri Bongsu tidak diendahkannya. Dia juga mendera Puteri Bongsu dengan tidak memberikannya makan.
Setelah menjelang malam, Nenek Sihir pulang ke pondoknya. Dia akan terkejut dengan cerita Tanjung tentang Puteri Bongsu. Nenek Sihit tersenym memandang Puteri Bongsu yang sedang nyenyak tidur di lantai.Tanjung meminta ibunya menyumpah Puteri Bongsu menjadi katak kerana terlalu cemburu akan rupa paras Puteri Bongsu yang cantik namun Nenek Sihir mempunyai agendanya yang tersendiri. Tanjung marah akan ibunya kerana tidak memenuhi permintaannya lalu dia pergi ke tasik itu untuk menenangkan diri. Dia melihat bayang-bayangnya dalam tasik, dia sedar rupanya yang hodoh tidak setanding kecantikkan Puteri Bongsu. Difikirannya, Puteri Bongsu harus dihapuskan. Sedang asyik dia termenung, dirinya telah disapa oleh seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu menawarkan kecantikan yang luar biasa kepada Tanjung berserta dengan syarat Tanjung harus mematahkan tongkat sakti milik ibunya kerana dengan mematahkan tongkat sakti itu, Tanjung akan menjadi cantik. Tanjung yang berfikirkan cetek itu mulai teruja lalu dia bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh wanita itu. Dia berlari pulang ke rumah lalu dengan berhati-hati, dia memasuki bilik ibunya dan mencuri tongkat sakti milik ibunya itu lalu mematahkannya.
Rancangan Puteri Sulung akhirnya berjaya, mereka mendapat tahu bahawa kuasa sakti Nenek Sihir akan hilang sekiranya tongkat saktinya itu dipatahkan oleh keturunannya sendiri. Setelah Tanjung mematahkan tongkat sakti itu, maka hilanglah kuasa sakti Nenek Sihir dan segala sumpahan telah terlerai. Puteri Sulung dan kelima-lima puteri yang lain masuk ke pondok untuk menyelamatkan Puteri Bongsu lalu mereka terbang pulang ke kayangan. Manakala Nenek Sihir dan Tanjung telah dihalau keluar dari negeri. Rakyat di Negeri Palembang kembali hidup dengan aman. Tasik itu juga mulai dipenuhi rakyat jelata yang datang berkunjung ke situ.

No comments:

Post a Comment